Saturday, February 7, 2015

unnamed

Fail yang berat tu aku dah campak atas meja belajar. Beg galas yang tergantung kat bahu kiri aku jatuhkan kasar atas lantai. Penat! Memang penat! Aku terus baring atas katil yang tilamnya memang tak empuk langsung tu. Dari pukul 8 pagi sampai 3 petang. Tiga kelas berderet memang bukan setakat otak penat, dengan segala anggota badan, sendi, urat terasa nk patah dan putus. Pagi tadi kelas dengan Madam Rahimah, subjek akaun 3 jam. Lepas tu habis terus berkejar kelas ganti Sir Iqbal subjek pasal business dan komputer. Habis Sir Iqbal masuk pulak kelas Madam Sabariah subjek MAF yang comfirm masa tu dah segan-segan silu masuk telinga kiri tapi laju berdesup keluar telinga kanan. Bila dah nak habis semester ni la selalu jadi, topik belum habis cover semua benda pecut kalah F1. Fuh! Kalau ikut setakat tiga kelas apa ada hal kan? Tapi bila kelas berderet cenggini, kembang kuncup juga la otak nak proses semua benda.
Bunyi pintu terkuak aku buat tak tahu. Mata aku masih pejam rapat-rapat.
"Woi! Tidur ke? Tak kan cepat sangat lelap? Aku baru nampak kau masuk bilik tadi ni." Sarah dah menapak masuk dalam bilik.
"Tak lah, belum la tidur. Tapi memang malas nak buka mata sekrang ni." Aku jawab juga dengan mata yang masih pejam.
"kau tidur pukul berapa malam tadi? Siapkan assignment ke?" Sarah duduk bersila atas katil aku sambil-sambil tolak aku ke tepi sikit. Eh! Minah ni. Ada yang kena sepak dok singgul-singgul aku ketepi ni. Aku bukak juga mata bagi jelingan maut sikit kat dia. Sarah dah sengih. "Tepi sikit jela." Sarah bela diri.
"Pukul tiga ke empat entah. Tak perasan." Aku yang tadi konon-konon nak tidur ayam celikkan juga mata.
"Patutlah. Petang ni ada pasar malam. Jom! Cari makanan. Aku lapar lah.. Pagi tadi makan roti ngan susu je." Sarah kuis-kuis badan aku dengan siku dia. "Jomla..Jomla.."